oh isteriku
TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
“Sekiranya
aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang
lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” -
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri
hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri
dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.” - (Riwayat Ahmad)
Setelah
berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika
isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin
daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak
halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan
keizinan suaminya itu.” - (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hambal)
Larangan
berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si
isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab
itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si
isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila
masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara
kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia
melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila
seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan
melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam
itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.” - (Riwayat
sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk
mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka
isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan
yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas
seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu
tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan.
Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa
senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri
perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa
hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak
melanggar hukum Islam.
Apabila
si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri
mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang
pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan
dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi
suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh
sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan
bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri
hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri
itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Pengurusan
rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai
pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala
pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri
dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada
kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta
dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai
seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya
apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana
sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar
membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak
menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai
serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta
menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
“Hai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." – (Al-Ahzab: 59)
Seperti
juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang
ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan
perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu
perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu
pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila
si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi
tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri
tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi
daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja,
isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah
itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
‘Accept
the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise
not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.’ -
(Imam al-Ghazzali)
Untuk
menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah
menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di
dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar
suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai
wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
‘O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which
you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar
to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to
him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he
will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he
should be bored with you; and be not aloof lest he should become
indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he
turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his
eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let
not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear
nothing from you except nice, fine words.’ - (Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri
yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi
sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami
isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi
masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah
motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam
sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul
tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam
hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul
bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu
ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka
dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai
ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami
isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk
menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa
berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik
daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk
kebaikan bersama dan
tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan
juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing,
kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri
kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja
rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk
meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja
dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada
mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab
pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri
hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing
daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak
hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya
perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain
kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana
ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain
tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka
suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak
hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami
isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia,
kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka
suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah
satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka
pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara
sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah
antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam
kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah
berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
berumahtangga.
Secara
kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah
penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas
dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah
masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli
masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan
masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab,
pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu,
adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan