oh suami ku
ADIL
Salah
satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya
(isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya
kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
“(Fear)
God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust
from God with you; and they are made by the divine word permissible for
you.”
Ini
menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan
oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati
maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang
banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga
si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas
sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud
mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan
perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.
Jika
sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna
suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami
hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan
salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual
bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan
juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami
juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan
orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya.
Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah
bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah:-
“Lelaki
itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan
sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu
telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang
baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan
apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.” - (An-Nisak: 34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah:-
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." - (Al-Baqarah: 233)
Suami
juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya
ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri
berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si
suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang
selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah,
memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang
berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan
kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si
suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri
sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan
memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia
akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan
oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan
bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan
menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Firman Allah SWT:
“Tempatkanlah
mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai
dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk
menimpakan kesusahan kepada mereka.” - (at-Talaq: 6)
Menurut
ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni
perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa
keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah,
oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si
isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam
rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami
isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan
menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami
hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap
si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi
oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya
asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak
melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Whoever
of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by
kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be
given for his forbearance.”
Untuk
memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si
suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu
supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah
yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan
keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang
ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya.
Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan.
Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri
dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil
sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga
akan menjadi goyah.
Jika
terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah
merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang
terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami
merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika
dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah
berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga
pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga
pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan
adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan
lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk
merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si
isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana.
Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah
lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan